- Most people confine their marketing and communication to the traditional media, not realising the...
- The day of a public relations professional is full of writing -- media releases, memos to colleag...
- A professional office administrator effortlessly combines a diverse range of responsibilities ensuri...
- English undoubtedly is the global language of communication which has gained importance especiall...
- Business English communication undoubtedly is the global language of communication which has gain...
| Kursus Pengacaraan Majlis |
|
|
|
Kejayaan menganjurkan sesuatu majlis adalah hasil daripada komitmen, kerjasama dan semangat kerja berpasukan mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menganjurkannya. Baik daripada Pengurus Acara (Event Manager) sehinggalah kepada mereka yang bertugas menjaga kebersihan kawasan majlis, tanggung jawab mereka begitu besar dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar dan baik. Tarikh: - 25 & 26 JANUARI 2012 - Tempat: - Hotel Singgahsana, Petaling Jaya - Masa: 9.00 am - 5.00 pm Tidak terkecuali, tugas dan peranan Pengacara Majlis, kerana pengacara majlislah yang sentiasa menjadi tumpuan (fokus) sepanjang majlis berlangsung. Kebolehan mengawal audiens, pengetahuan tentang protokol sesuatu majlis, penampilan serta keyakinan diri, gaya bahasa dan teknik menarik minat audiens merupakan kemahiran yang perlu ada pada seorang pengacara majlis. Kemahiran ini tidak dapat dapat dibina dalam sekelip mata. Ianya hanya boleh dibina dengan perkongsian pengetahuan, pengalaman di samping yakin diri sekiranya diberi peluang untuk mengacarakan sesuatu majlis.
OBJEKTIF KURSUS - 1. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang secukupnya dalam bidang Pengacaraan Majlis bagi melaksanakan tugas dengan lancar dan baik; - 2. Menanam serta membina keyakinan diri dalam melaksanakan tugas sebagai pengacaraan Majlis ; - 3. Meningkatkan imej dan potensi diri dan organisasi yang dianggotai. - 4. Memberi bimbingan cara melaksanakan tugas pengacara Majlis mengikut amalan protokol semasa. - 5. Mencungkil bakat-bakat pengacara yang boleh diketengahkan.
KANDUNGAN KURSUS - Pengacara Majlis Yang Profesional
- Persediaan Sebagai Pengacara majlis
- Teknik Mengacara Majlis Secara Profesional
- Protokol di Dalam Majlis
METODOLOGI Kursus ini akan dilaksanakan secara teori dan praktikal dengan penglibatan peserta secara persendirian dan berkumpulan. Ia juga mengandungi kajian kes, perbincangan, sessi soal jawab, ‘Experiential Learning Games’, Agenda Tindakan Peribadi dan latihan amali. Perantaraan Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia.
Siapa Yang Patut Hadir
Pegawai dan kakitangan kerajaan peringkat professional dan sokongan, pegawai dan kakitangan swasta yang terlibat dalam urusan majlis melibatkan kerajaan; badan-badan berkanun, pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan, badan-badan sukarela dan orang ramai yang terlibat dan berminat untuk mengendali serta ingin mengetahui mengenai pengacaraan majlis.
Profil Penceramah
Khairuzzaman Hj Othman, berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang pendidikan dan latihan pembangunan modal insan setelah berkhidmat di sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Selain menjadi perunding latihan, salah satu keistimewaan beliau ialah menjadi Pengacara Majlis dan mengendalikan majlis yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Bakat sebagai Pengacara Majlis mula digilap semasa di bangku sekolah lagi. Diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk mengetuai Pembacaan ikrar Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 1987 di hadapan DYMM Sultan Perak. Semasa menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Medan, Indonesia, pihak Konsulat Jenderal Malaysia di Medan telah memberi kepercayaan untuk mengacarakan Majlis Perasmian Bangunan Konsulat Jenderal Malaysia di Medan yang telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi (Menteri Luar Negeri Malaysia) dan Bapak Ali Al-Attas (Menteri Luar Indonesia). Semasa bertugas sebagai Setiausaha Eksekutif sebuah kolej di negeri Perak pada tahun 1997, sekali lagi kerajaan negeri memberi kepercayaan untuk mengacarakan Majlis Pecah Tanah Perak Medical College yang telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed. Perdana Menteri Malaysia. Banyak mengacarakan majlis-majlis rasmi yang dianjurkan khususnya oleh Yayasan Perak yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin peringkat negeri mahupun nasional. Semasa berkhidmat sebagai Jurulatih di Institut Latihan TNB (ILSAS), tugas mengacarakan majlis diberikan sepenuhnya kepada beliau. Majlis-majlis rasmi seperti Majlis Konvokesyen, Seminar dan Konvensyen yang dianjurkan baik oleh ILSAS mahupun TNB yang dihadiri oleh Pengerusi mahupun Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Seri Che Khalib Bin Mohd. Noh. Download Registration Form : |





