Event Calendar

Last month September 2010 Next month
S M T W T F S
week 35 1 2 3 4
week 36 5 6 7 8 9 10 11
week 37 12 13 14 15 16 17 18
week 38 19 20 21 22 23 24 25
week 39 26 27 28 29 30
Bengkel Pengurusan & Tatacara Tindakan Tatatertib Pelajar IPT PDF Print E-mail

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar telah diberikan kaedah dan cara-cara tindakan tatatertib terhadap pelajar menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Kuasa yang diberi ini bersifat Domestik Tribunal yang mesti dipertanggungjawabkan kepada Undang-undang Awam Negara. Prinsip dan aturan undang-undang Awam hendaklah dipatuhi semasa proses domestic tribunal dilaksanakan bagi memastikan undang-undang negara dipraktikkan dengan adil.

Tarikh: - T.B.A. - Lokasi: Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor Masa: 9.00 am - 5.00 pm

Hukuman yang dikenakan ke atas seseorang pelajar yang didapati bersalah ialah satu hukuman. Namun, institusi pendidikan mempunyai satu tanggungjawab besar terhadap pendidikan itu sendiri. Mempertimbangkan antara hukuman dan pendidikan , tujuan dan matlamatnya adalah satu neraca yang sangat istimewa milik individu-individu berilmu di Menara Gading! Bengkel ini disusun untuk pentadbir-pentadbir yang terlibat dengan pengurusan tindakan tatatertib pelajar dan sesuai untuk semua pentadbir Institusi Pengajian Tinggi.

 

OBJEKTIF

Selepas menghadiri bengkel ini peserta berupaya:

  • Memahami beberapa prinsip undang-undang dalam pengurusan tindakan tatatertib pelajar.
  • Memahami prosedur dan langkah-langkah tindakan tatatertib.
  • Memahami dan boleh melaksanakan tugas dakwaan, perbicaraan, catatan perbicaraan, rayuan-rayuan.
  • Melaksanakan tindakan tatatertib pelajar bermula dari laporan salah laku pelajar hingga lah selesai sesuatu kes.

KANDUNGAN KURSUS

(1) Akta Universiti Dan Kolej Universiti

  • Undang-undang dan AUKU
  • Pihak Berkuasa Tatatertib
  • Kaedah-kaedah tatatertib pelajar
  • Peruntukan-peruntukan penting

(2) Bengkel I – Salahlaku

  • Laporan salah laku pelajar
  • Siasatan, kaedah dan laporan
  • Keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib

(3) Bengkel II – Mendakwa Pelajar

  • Dakwaan
  • Penulisan dakwaan
  • Notis kepada pelajar
  • Penal Tatatertib

(4) Bengkel III – Perbicaraan I

  • Pertuduhan/ Dakwaan
  • Proses Perbicaraan

(5) Bengkel IV – Perbicaraan II

  • Hukuman
  • Rayuan
  • Penulisan Catatan Perbicaraan
  • Catitan Rekod Pentadbiran

(6) Hak Pelajar

  • Hak pelajar disisi kaedah
  • Hak pelajar disisi undang-undang
  • Hukuman atau Pendidikan
  • Kajian/ Sorotan Kes-kes Tatatertib Pelajar

METODOLOGI

Bengkel ini akan dilaksanakan secara praktikal. Peserta akan dibimbing untuk menulis atau membuat dakwaan proses perbicaraan, surat menyurat tindakan tatatertib, catatan perbicaraan dan lain-lain lagi. Peserta akan diminta mengambil bahagian dalam perbicaraan tatatertib pelajar melalui mock trial/pembicaraan olok-olok. Perantaraan bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia.

 

Siapa Yang Patut Hadir
  • Pegawai-pegawai Pengurusan Pelajar
  • Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institusi Pengajian Tinggi, Maktab, Kolej dan sebagainya.
  • Pegawai Kolej-Kolej Kediaman/Asrama, Fellow-Fellow Kolej.
  • Pentadbir yang menjaga hal ehwal pelajar di fakulti, sekolah dan pusat-pusat.
  • Pegawai tadbir di Bahagian Akademik dan Keselamatan.
  • Individu yang berminat.
Profil Penceramah
Encik Yahaya bin Salim telah memperolehi Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Malaya pada tahun 1973 dan 1983. Beliau pernah berkhidmat di Universiti Putra Malaysia selama lebih 20 tahun di bahagian Hal Ehwal Pelajar dan jawatan terakhir beliau disana adalah Timbalan Pendaftar HEP. Bidang tugas beliau adalah bertanggungjawab kepada persatuan dan aktiviti pelajar, seperti Minggu Suai Kenal, pilihanraya pelajar, persatuan pelajar-pelajar termasuk Majlis Perwakilan Pelajar, menjadi penasihat beberapa persatuan dan kelab seperti Kelab Akhbar Mahasiswa, Kelab Debat Universiti, kelab lawatan sambil belajar ke luar negara dan Kelab Kepimpinan Pelajar. Selain itu, beliau turut menjadi Ahli Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dan Ahli Jawatankuasa Pengkreditan Aktiviti Ko-kurikulum.

Antara masalah yang telah beliau turut selesaikan yang membabitkan pelajar adalah seperti isu purdah, pergaduhan, demonstrasi dan ragging. Didalam isu ragging ini, pelajar yang didapati bersalah oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar telah membawa kes ini ke mahkamah awam dan kes ini merupakan satu-satunya kes dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti yang telah dibawa pelajar hingga ke Mahkamah Agung. Mahkamah bersetuju dengan tindakan dan keputusan pihak Universiti.

Berpengalaman dalam pengurusan Tatatertib Pelajar, beliau turut memberikan ceramah, seminar dan kursus kepada para pelajar universiti dan guru-guru. Beliau telah dipinjamkan ke Biro Tatanegara selama 5 tahun sebagai Pengarah Bahagian Mahasiswa & Remaja dan seterusnya menjawat Timbalan Ketua Pengarah ( Latihan ) sebelum bersara.

Semasa berkhidmat, diantara TNC yang pernah menjadi ketua beliau adalah:
  1. Prof. Dato’ Dr. Sulaiman Yassin
  2. Prof. Dr. Rahim Mat Sail
  3. Prof. Dato Dr. Kamaruddin Kachar
  4. Prof. Dr. Rahman Aroff
  5. Prof. Datuk Dr. Idris Abdol
  6. Tan Sri Dr. Nordin Kardi ( Biro Tatanegara JPM)

 

Download Registration Form :